Legasi Oruç Reis

Oruç mengasaskan kehadiran Uthmaniyyah di Afrika Utara yang berlangsung selama empat kurun, de facto sehingga kehilangan Algeria kepada Perancis pada tahun 1830, Tunisia kepada Perancis pada 1881, Libya kepada Itali pada 1912 and de jure sehingga kehilangan rasmi Mesir dan Sudan kepada United Kingdom pada 1914, selepas empayar Uthmaniyyah menyertai Perang Dunia Pertama dengan menyebelahi Kuasa Paksi. Republik Turki secara rasminya melepaska hak-hak Turki yang masih tinggal di beberapa wilayah Mesir dan Sudan selepas Perjanjian Lausanne pada tahun 1923.

Tiga buah kapal selam (TCG Oruç Reis, TCG Oruçreis (S-337), dan TCG Oruçreis (RAD-14)) dalam Tentera Laut Turki telah dinamakan bersempena dengan nama Oruç.

Barbarossa juga mempengaruhi karakter Kapten Hector Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean. Mengikut pendedahan yang dibuat, bintang filem Johnny Depp telah memainkan peranan penting dalam menyediakan nama ini. Nama terakhir beliau berasal daripada bahasa Sepanyol "Barbosa"[1] dan berdasarkan Barbarossa, seorang privatir Uthamaniyyah. Perkataan ini merupakan kombinasi dua buah perkataan daripada bahasa Itali iaitu barba (jambang) dan rossa (merah).

Sebuah filem lanun terawal berkenaan Barbarossa adalah Raiders of the Seven Seas (1953) yang dilakonkan oleh John Payne.

Rujukan

WikiPedia: Oruç Reis http://caldwellgenealogy.com/pirates.html http://www.houseofnames.com/xq/asp.fc/qx/barbosa-f... http://lexicorient.com/e.o/aruj.htm http://www.thepirateking.com/bios/barbarossa_aruj.... http://www.thepiratesrealm.com/Barbarossa%20Brothe... http://ansiklopedi.turkcebilgi.com/Kronoloji_Osman... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://www.corsaridelmediterraneo.it/indice/a.htm http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p239834577 http://isni.org/isni/0000000078201022